Apr 30, 2012

A guy said,

'Saya sedar saya siapa. saya tak handsome. perempuan skrg mana pandang hati budi buruk baik seorg lelaki. Perempuan just pandang rupa je'

Okay. aku dah bnyk tengok lelaki jenis ni. Bagi aku lah kan, paras rupa pun salah satu faktor yang teramat penting untuk memilih pasangan selain dari melihat hati seseorang. Siapa je nak lelaki yang selebet ? Siapa je nak lelaki yang gigi terkeluar 180 centimeter ? Siapa je nak lelaki yang muka penuh bumper ? Siapa je nak lelaki yang penuh dgn angin mcm balloon ? Siapa yang nak ?

Kalau lah salah seorang lelaki mcm ni tegur korang kan perempuan, korang nak layan ke ? Tak kan. Maybe layan mcm tu je. Kalau aku, aku pun xlayan. Tapi ce kalau orang yang tegur kau tu, okay kita imagine. Liam tegur aku. HOI HOI ! Handsome gila tu Liam James Payne ! Siapa xnk ! Aku memang reply. Gila xreply. PELUANG KOT ! Tapi ini hanya rekaan semata-mata. Eh kalau korang ada jumpa Liam Malaysia habaq mai dkt aku. Nak ngorat. Haaaaa hari tu aku jumpa Liam Malaysia. cuma rambut dia lain sikit. Muka exactly sama. Aku gelar dia MGT. Mamat Galaxy Tab. Tapi memang... eh dah lari tajuk. maklumlah aku ni kalau sebut pasal Liam memang over excited.

Tapi kan, kalau perempuan yang memang desperate nak boyfriend/pakwe/balak etc memang dia akan terima. Dia xkisah lelaki jenis mcm mana. Asalkan dia happy. Kadang aku pelik dgn perempuan2 mcm ni, korang xrasa serik ke bila kene buli dgn lelaki ? Korang xrasa fed up ke dgn lelaki ? Meh aku bagi nasihat sikit. Daripada korang layan lelaki yang mungkin bukan future husband korang tu, baik korang berlawak jenaka dgn family. Sejuk hati mak ayah korang tu wahai gadis2. Baik korg layan kawan2 korang yang sekepala segila dgn korang. Aku ckp ni sebab aku ada pengalaman. Act bila dgn family and kengkawan, itulah moment yang paling indah. For me lah.

Kalau nak ngorat aku, muka kena handsome dulu. Ye aku mmg cerewet, so ? Oh aku ada cerita pasal mengorat ni. Tadi ada lelaki ni IM aku. Aku chat biasa jelah dgn dia. Org facebook ni berangapan kalau xtegur sombong. Aku chat chat, tetiba dia ckp 'nak tackle awak boleh?' Aku reply 'xboleh' Pastu dia reply 'alaaa plizzzz' Aku reply '-.-' Pastu dia reply 'bg lah chance at saya' Aku dah bengang tinggal nak meletup je. sekali aku reply ni 'aku malas lah. kalau kau nak kau cuba lah. tp jgn harap apa2 dr aku' Ni pun xcukup panas sepanas goreng pisang. Pastu dia reply ape nth. Haah pastu aku malas nak layan. Buang masa je -.- Eh lelaki, aku xkn nak.

Okay lah. dah penat jadi ustazah blogger. Gtg. Renung renungkan dan selamat beramal. Assalamualaikum.

2 comments:

Niϟa said...

HAHAHAHA Lawak gila

Nur Zafira™ said...

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA ! Aku baca balik aku pun gelak. tp mamat tu seious siut !